Graphic designers generate the visual presentation and design of goods, including websites, detergent boxes, album covers, and dog food cans. Their work is usually done on a project basis. Designers must be able to work under extreme time constraints and very defined financial and design limits to produce quality material. A graphic designer must be able tosynthesize feedback from a number of different sources into a distinctive image; use research prepared by a marketing department and cost specifications determined by a budgeting department; and produce a variety of sketches and models that demonstrate different approaches tothe product. This takes a person who can listen to comments and has a good eye for aesthetic design, a flair for color, and a solid understanding of the needs of the corporate world. “Graphic design isn’t one job".It’s 20,” wrote one overworked designer. “Sales[person] skills are very important if you want to see your designs accepted,” wrote another. Nearly all respondents listed communication skills as either second or third in importance for success in this profession. Over time, choosing a specialty is the name of the game, either in website design, product or packaging design, material use, or object arrangement.


Sanggup kah kalian merasakan apa yang orang lain rasakan. Mungkin kebahagiaan sahaja yang anda kalian dambakan!bagaimana pula dengan duka menahan rasa sakit penghinaan atau kekecewaan serta menempuhi dugaan dan rasa betapa hancurnya hati seseorang itu. Mana mungkin kita menggapai bintang di langit walaupun ia dekat di mata. Mana mungkin kita mencari teman suka dan duka walaupun ia dekat dengan kita. Mana mungkin ada orang yang dapat rasa keperitan dan kesusahan hidup ini MELAINKAN orang itu berada tepat di hati kita. TEMAN, SAHABAT, KEKASIH, atau apa jua istilah pun, sekiranya seseorang itu dapat rasa apa yang kita rasa, BILA RASAKU INI RASAMU, maka dia adalah istimewa dalam hidupmu. Hanya satu sahaja yang dapat menggembirakannya. Keihklasan dan Kejujuran.
Friendsssss...
Hal yang menyedihkan dalam hidup aku adalah ketika aku bertemu dengan seseorang yang sangat bererti bagiku. Hanya untuk menemukan kebahagian lain untuknya namun, pada akhirnya menjadi tidak bererti dan aku harus membiarkannya pergi. Yang masih menghargai pasti akan berpatah balik tetapi pada yang lupa tidak akan menoleh ke belakang. Itulah adat dalam berkawan di dalam dunia ini!!Kalian pasti pernah merasakannya …
GooD FrIenD bukan hak peribadi,
Kawan baik atau ada dikalangan kita yang menggelarkan close friends sebenarnya bukan hak peribadi. Kadang-kadang kita tak sedar samaada kawan yang terdekat dengan itu rapat atau pn biasa je. Dan adakalanya kita terfikir jugak kawan baik kita yg selalu bersama kita itu ada bila memerlukan sahaja. Kadang-kadang juga kawan yang paling dekat dengan kita itu rapat dengan kita mengikut musim.Hmmm mcm dusun buah-buahan pula. Yang paling menyedihkan, adakalanya kawan yang kita rasakan close dgn kita itu-itu tiba-tiba hilang mcm tu je ..tanpa berita,sms pn tak. Biarkan je la.Nampak macam remeh,,alaahh, takyah la nk amik taw pasal dia! dia pn ader life sendiri..tp dah nama pn close friends,mmg dah jd lumrah, msti nak amik tahu dan peduli pasal kawan kita tu. Tapi, kita harus fikir juga, adakah dia berbuat benda yang sama. Kalau tak, rasa nyer tak perlu lagi kita brsusah payah nak menjaga persahabatn itu, mungkin jadi kawan-kawan biasa yang mcm lain2 je. Maksudnya tidak perlu lah memberi 100% kudrat dan keringat membantu dan mengambil berat mengenainya. Memang dimana sahaja Close FreN kita berada, pastinya kita ingin tahu. Istimewanya mereka ini membuatkan kita tidak dapat meninggalkannya walau sesaat pun walaupun kita sedang berkasih dengan seseorang yang lain. Yang paling istimewa, mereka dapat merasa apa yang kita rasakan, itulah yang membuatkan kita tidak putus2 memikirkan serta mengambil berat tentang mereka. Namun, sebelum kita terasa hati dengan kehilangannya, seharusnya kita membiarkan Good FrenD kita ini dengan kehidupannya sendiri, jangan memaksa untuk beliau bersama kita sentiasa. Belajar berdikari serta membuat keputusan sendiri. KAWAN DATANG DAN PERGI. Jangan biarkan hidup anda sengsara sehingga merasakan tidak dapat meneruskan hidup dengan pemergian kawan baik anda di suatu hari nanti.Siapa Tahu! Perjalanan hidup bersama rakan-rakan kita boleh dirancang tetapi Tuhan yang menentukan.

Hari-hari dalam hidup ini memang banyak dugaan dan rintangan. Adakalanya kita tidak dapat menahan segala dugaan ini dan ada masanya kita akan terfikir juga bahawa dugaan ini telah memberi kita kekuatan untuk berjuang meneruskan hidup. Kita boleh berputus asa dengan ujian yang diberikan tetapi sebenarnya kita ibarat sudah mengalah sebelum mencuba. Biarkan kudrat yang ada meredah segala rintangan dan dugaan tersebut, sesunggunya ada hikmah disebalik dugaan tersebut. Hidup sebagai seorang pereka grafik, guru sandaran, penyarah separuh masa atau sambilan dan pekerja social pada usia 23 tahun ini tidak banyak membantu beliau untuk merasakan kepuasan dalam mengecapi kenikmatan syurga dunia ini.
Kebahagianlah yang beliau idamkan, kegembiraanlah yang harapkan dan keamanan lah yang beliau dahagakan. Namun beliau tetap bersyukur, apabila kebahagian itu
datang tanpa diduga. Datangnya memberiku inspirasi dan semangat untuk terus berjuang dalam meniti kehidupan seharian. Namun kebahagian sesaat itu di balas dengan setahun malah kesengsaraan tidak dipinta hadir dengan kejamnya. Itulah kehidupan yang aku alami selama ini. Bukan untuk menagih simpati tetapi sekadar luahan yang hanya setitik dari selautan alam.
KEBAHAGIAN..dimana ?keluarga? tiada apa-apa yang beliau boleh katakan bahawa ia datang dari keluarga, bagi belia tiada ruang walau sebasar kuman pn kebahagian itu datang dari keluarga..walaupun semua masih ada namun tiada kebahagian yang dapat aku kecapi darinya. Bersyukurlah dengan adanya kawan dan rakan taulan yang memahami, sedikit sebanyak dapat memberi sinar kebahagian walaupun sedikit tetapi itu sudah cukup memadai. Bukan semua sahabat yang dapat memahami segala masalah yang kita alami. Tetapi beliau bernasib baik, ada sahaja beliau berpeluang mengenali rakan-rakan yang cukup memberi impak dan bermakna dalam hidup beliau.
Tetapi malangnya, rakan-rakan itu bersilih ganti dan tidak akan kekal selamanya. Beliau akan selalu terima orang atau hamba Allah yang memberi kebahagian walaupun pada waktu yang singkat. Kemunculan mereka tidak diundang namun cukup bermakna tetapi pemergian mereka tidak dirancang namun cukup menyeksa.
WANG
Dengan pekerjaan yang ada, beliau dapat membeli apa yang beliau rasa mampu miliki. Dengan apa yang ada, kadang-kadang ia tidak semestinya memberi kepuasan. Bagi beliau, duit yang ada tidak dapat membeli kebahagian yang diidamkan. Pernah sahaja, di poket hanya beberapa ringgit sahaja, di kepala sedang rungsing memikirkan masalah kewangan tetapi segala-galanya bertukar dari emosi yang kusut menjadi suka tatkala berjumpa kawan atau kenalan yang menjadi punca kebahagian dan keseronokan dalam hidup beliau.
TEMAN HIDUP-
.....Memang semua orang akan mencari teman istimewa bagi memeriahkan hidupnya dan dapat belaian kasih sayang seorang yang dianggap istimewa. Tetapi bagi bagi, sekiranya ia dapat membawa kebahagiaan dan kegembiraan.
Tidak salahnya ia menjadi teman hidup kita tetapi sekiranya ia tidak memberi apa-apa makna malah memberi masalah dan kekacauan pada jiwa, semestinya ia tidak perlu wujud dalam hidup. Satu komitmen yang besar perlu kita hadapi dan seharusnya kita handle dengan baik. Walaupun beliau dilahirkan di negeri yang terkenal dengan Puter Santubung dan Puteri Sejinjang tetapi tidak bermakna beliau disitu juga tanah tumpahnya.
Pada usia 7 tahun, beliau berhijrah bersama keluarga ke Semenanjung dan menetap di
sekolah rendah di Ampangan Seremban. Kemudian meneruskan alam persekolahan di peringkat menengah di SMK Tunku Ampuan Durah. Pada usia 15 tahun, beliau yang juga anak kedua daripada 3 orang beradik ini telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Zon R1 Wangsa Maju Kuala Lumpur dan menamatkan persekolahan pada tahun 2002 di sekolah yang sama. Aktif dalam aktiviti seni kerana itu yang beliau minati sejak kecil lagi. Pernah menjuarai pertandingan melukis poster, merekacipta produk dari bahan terpakai dan pernah menyertai tarian sempena citrawarna
Mulanya Kerjaya
...............Bagi beliau tiada apa lebih menyeronokkan melainkan menyertai 
aktiviti-aktiviti seni ini. Keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran
.........Pengalaman yang tidak ternilai sepanjang kehidupan ini perlu dijadikan pegangan dan panduan hidup. Pengalaman beliau selama beberapa tahun ini sahaja sudah cukup mengajarnya erti hidup sebenar. Berbagai-bagai ragam manusia yang pernah ditemui,
berbagai-bagai jenis kesengsaraan dan dugaan yang pernah beliau rasai juga berbagai-bagai suasana yang beliau alami. Pengalaman mengenali 1001 manusia sepanjang hidup beliau tidak boleh dilupakan. Dari setiap kenalan yang beliau kenali, ada sahaja keistimewaan dan kelebihan. Mungkin segelintir sahaja yang memandang serius perkara sebegini. Bagi beliau yang baik itu lah jadi ikutan dan buruk itu dijadikan ingatan.
Cinta Pertama-

.............Pada tahun 2002, beliau pernah menjalinkan persahabatan dengan Nurshafawati atau lebih dikenali dengan panggilan Wati. Wati banyak memberi satu evolusi dalam kehidupan beliau. Perhubungan mereka begitu kusut, seolah-olah mereka tidak boleh bersama. Perkenalan beliau dan Wati telah membuka mata hati beliau bahawa terdapat insan yang mempunyai perasaan cinta yang suci. Cinta yang suci dan tulus tidak pernah wujud dalam hidup beliau.Mungkin pada masa itu, belum ada ruang-ruang kosong di hati beliau untuk mengisi cinta dari Wati. Kejujuran dan Ketulusan cinta di hati Wati tidak dapat dirasai oleh beliau. Perpisahan mereka berdua berakhir pabila tiada persefahaman. Kini beliau baru sedari akan kesilapannya yang membiarkan cinta yang ada di depan mata di mana bukan mudah untuk cinta datang kembali. Pengalaman beliau bersama Wati bnyk mengajar beliau tentang kehadiran cinta. Beliau tidak menafikan sebenarnya Kehadiran Cinta dari Wati adalah cinta pertama beliau.....
Broken Family.
.........Tidak semua manusia dalam dunia bahagia berkeluarga. Beliau juga mempunya keluarga yang utuh dan agak sempurna. Namun itu hanya luaran bukan realiti. Anak kedua dari 3 orang adik beradik ini sudah mempunyai haluan sendiri sejak di bangku sekolah lagi. Perhatian dari keluarga tidak lagi di kecapi sejak usia 16 tahun lagi. Segala belanja persekolahan ditanggung sendiri berbekalkan keazaman dan kegigihan bekerja sambilan semasa bersekolah.
Ibu Bapa beliau mengakhirkan perkahwinan dengan penceraian pada tahun 2005, sebaik sahaja beliau menghabiskan pengajian di Universiti pada peringkat Diploma. Keretakan keluarga telah dirasai sejak di sekolah lagi tetapi ketika itu pergaduhan mereka seperti tiada jalan penyelesaian. Hanya kekuatan dan kesabaran yang dapat beliau hadapi masalah ini. Tiada siapa yang tahu akan perasaan seorang anak yang ingin berada di dalam keluarga yang harmoni seperti keluarga yang lain. Ada kalanya beliau menumpang rasa bahagia disamping keluarga orang lain, dimana mungkin keluarga rakan-rakan yang ada bersama. Tetapi itu bukan keluarga yang abadi tetapi sekadar ingin melepaskan rasa kerinduan untuk merasakn kebahagiaan keluarga. Memang secara luaran, tiada yang sedar akan kerinduan nya itu.Namun rasa itu menjadi kuat pabila melihat keluarga yang bahagia lagi-lagi di depan mata dan membuatkan hati beliau hiba dan sebak. Keakraban beliau bersama rakan baik seakan-akan aneh dan berbeda dari orang lain. Baginya kawan baik akan menjadi sebahagian dari hidupnya dan tidak keterlaluan juga jika beliau menganggap kawan seperti adik beradik kandungnya sendiri. Secara zahirnya, beliau ingin berkongsi kegembiraan dan berkongsi cerita, tetapi secara batinnya beliau ingin merasa dipedulikan dan kasih sayang yang tidak diperolehi dari keluarga sendiri. Bagi beliau, sekiranya kebahagian tidak dapat dikecapi dari keluarga, mungkin ada kebahagian lain yang belum dirasai pada masa hadapan. Insyaalah..
Kau Inspirasiku
Sebagai seorang Grafik Designer, segala ilham dan Idea lahir perasaan yang tenang dan jiwa yang tenteram. Keadaan sekeliling yang kusut serta dipenuhi dengan tekanan, tidak akan dapat menghasilkan sesebuah rekaan yang baik dan berkualiti. Rakan-rakan dan sahabat-sahabat di sekeliling sebenarnya memberi ketenangan dan inspirasi dalam hidup beliau. Bergurau, usik-mengusik dan bergelak
ketawa
bersama sebenarnya dapat menghilagkan rasa tekanan serta memberi rasa tenang dan tenteram di jiwa.
Walaupun sahabat2 dan rakan2 ini tidak selalu bersama namun beliau bersyukur , sekurang-kurangya ada juga yang memahami serta mengambil berat. Kadang-kadang, beliau sedar bahawa mereka ini tidak akan selalu bersama, bagi beliau rakan2 dan sahabat2 akan datang dan pergi. Kita sebagai manusia haruslah menerima hukum alam ini.